22 Feb 2017 - Mesyuarat KITA HR Sub-Committee Feb 2017 telah diadakan di ADTEC Kulim bermula pada jam 3.00 petang. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 16 wakil syarikat yang menjadi ahli Kulim Industrial Tenant Association(KITA). Antara agenda yang dibincangkan adalah aktiviti yang akan dijalankan untuk tahun 2017 ini. Mesyuarat tamat pada jam 6.00 petang. ADTEC Kulim selaku tuan rumah mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang hadir.