PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Arkib Berita 2017

Program Yang Ditawarkan

 

 

 

 

29 Mac 2017:- ADTEC Kulim telah mengajurkan Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah dirasmikan oleh Pengarah ADTEC Kulim Tuan Syed Johan Bin Syed Ali. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran warga kerja dan pelajar ADTEC Kulim.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Dalam ucapan pembukaan, Timbalan Pengurusan Sumber ADTEC Kulim berkata, “Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertujuan untuk mewujudkan suasana dan imej baru di ADTEC Kulim”. Beliau juga berharap agar semua warga ADTEC Kulim dapat menyelami motto "PERSEKITARAN BERKUALITI PENCETUS KREATIVITI" sekaligus memberikan komitmen yang cemerlang dalam tugas masing-masing.