Pada 21-23 Mac 2017 telah berlangsungnya pertandingan Pertandingan Inovasi iCompEx'17 bertempat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’azam Shah Jitra Kedah.Sebanyak tiga projek telah dihantar bagi menyertai pertandingan ini. Mereka terdiri daripada pensyarah dan pelajar Jabatan Mekatronik &Telekomunikasi serta Jabatan Mekanikal & pembuatan.
Tahniah diucapkan kepada pasukan di bawah pimpinan En. Noor Hairilfaiz bin Mohammad dengan projek bertajuk Sistem Pemantauan Keluar Masuk Pelajar (Student Outing Monitoring System) kerana telah memperolehi pingat emas. Pasukan ini turut memperolehi tempat ke-3 secara keseluran bagi kategori ICT & Multimedia.
Ucapan tahniah juga turut diberikan kepada pasukan En. Muhammad Farizuan bin Muhammad Fauzi dan En. Imran bin Md Yatim yang memperolehi pingat gangsa dengan projek Mesin Mudah Alih Pemerah Santan Kelapa dan Alat Penekap Kuih Peneram.
Semoga kemenangan yang diraih ini dapat memacu semangat dan motivasi warga ADTEC Kulim bagi terus mencipta kemenangan yang lebih cemerlang di masa akan datang.
Tahniah dan syabas!