Seramai 16 orang sukarelawan PISPA APM ADTEC Kulim telah menyertai latihan modul menyelamat di persisir pantai bertempat di Pulau Sayak, Kedah pada 14 dan 15 April 2017. Latihan ini mendedahkan para sukarelawan mengenai bahaya dan prosedur menyelamat di pesisir pantai. Latihan dijalankan secara teori dan amali oleh jurulatih APM Kulim, Sarjan Talhah Mahmud. Para sukarelawan diuji dari segi ketahanan mental dan fizikal sepanjang latihan dijalankan. Semoga latihan ini dapat memberikan input yang bermanfaat kepada para sukarelawan sekaligus membentuk sebuah pasukan yang mantap!