ADTEC Kulim, 26 April 2017. Seorang Pakar daripada Negara Jepun telah melapor diri di ADTEC Kulim sebagai Senior Volunteers (SV) dan di tempatkan di bahagian Telekomunikasi Jabatan Mekatronik &Telekomunikasi. Japan Overseas Cooperation Volunteers (JOCV) dengan kejasama Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), telah menempatkan Mr Shunji KAWAMOTO ke ADTEC Kulim untuk tempoh 2 Tahun dari 27/3/2017 hingga 26/3/2019. Warga Adtec mengalu-alukan kedatangan Mr Shunji Kawamoto ke ADTEC Kulim dan berharap agar mendapat kerjasama dari seluruh kakitangan bagi meningkatkan kemahiran teknikal terkini.