PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2017

Program Yang Ditawarkan

 

7 Mei 2017, Adtec Kulim telah mengadakan Majlis Makan Malam ALUMNI 2017 bertempat di THE LIGHT HOTEL, Seberang Jaya Pulau Pinang. Majlis telah di rasmikan oleh Tn. Syed Johan Bin Syed Ali Pengarah Adtec Kulim. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan , pensyarah-pensyarah dan bekas pelajar Adtec Kulim, dari sesi 2002 hingga 2016. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Pengerusi Alumni dan ucapan Mantan pengerusi Alumni. Majlis ini diadakan bagi tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara bekas pelajar dengan pengurusan Adtec dan mengetahui hala tuju pelajar-pelajar lepasan lepasan Adtec. Tahniah kepada yang menganjurkan majlis ini dan diharap dapat diadakan dimasa akan datang.