15 Jun 2017 - Ramadan datang lagi dengan penuh keberkatan. Tahun ini pihak Kelab kebajikan dan Sukan Kakitangan ADTEC Kulim telah menganjurkan majlis iftar 2017 di lokasi Restoran Arabian Delight, Kulim. Seramai 230 orang telah memeriahkan majlis ini. Semua kakitangan dan keluarga berkumpul bermula jam 6.30 petang. Majlis berbuka dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Nazir. Semoga Allah sampaikan kita dibulan yang penuh barakah dengan pelbagai kenikmatan dan BONUS untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. Inilah masanya pahala digandakan. Kebaikan dipermudahkan. Rahmat Allah teristimewa dibukakan dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan.