PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2017

Program Yang Ditawarkan

 

4 Jun 2017, ADTEC Kulim, sempena pembuka tirai ramadhan tahun ini, satu kuliah agama bertajuk "Menyempurnakan Rukun Solat Dalam Islam" telah diadakan di sini. Kuliah ini disampaikan oleh Ustaz Jais Hakim bin Muhamad dari Padang Serai dan Ustazah Syakirah dari Kulim. Kuliah ini turut menyentuh serta berkongsi tips bagi mendapat kekhusyukan dan tertib dalam mengerjakan solat.

      

Sebagaimana yang semua muslim maklum, solat merupakan rukun Islam ke dua dan ibadah utama dalam agama Islam. Hukum mendirikan solat lima waktu adalah wajib.  Solat merupakan ibadah yang penting kerana ianya merupakan ibadah pertama yang akan dinilai oleh Allah SWT. Solat juga bukan sekadar kewajipan tetapi solat amat penting untuk pembentukan peribadi seseorang dan solat juga akan membentuk jiwa positif.

 

Semoga apa yang dipelajari dapat di sempurnakan solat dengan syarat dan rukun yang telah ditentukan dalam syari'at.