7 Oktober 2017, ADTEC Kulim. Satu Program Jom Sihat ILJTM Wilayah Utara yang telah dianjurkan oleh ADTEC Kulim bagi mengisi aktiviti yang telah dirancang pada tahun ini. Terdapat 8 acara sukan yang diadakan, seperti Badminton, SepakTakraw, Bola Tampar, Futsal, Dart, Memanah, Tarik Tali dan Petaque. Sebanyak 7 Institut telah mengambil bahagian terdiri dari ILP Jitra, Ilp Nibong Tebal, ILP Kangar, ILP Kepala Batas, ILP Perai, ADTEC Taiping dan ADTEC Kulim. Acara Penutup Telah disempurnakan oleh TN. Syed Johan Bin Syed Ali Pengarah ADTEC Kulim.