17 Oktober 2017. ADTEC Kulim telah mengadakan satu Program Transformasi Diri yang dikendalikan bahagian BPPL atas kerjasama MSU Management & Science University. Program ini diadakan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan dalam bentuk kemahiran belajar dan soft skill sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran dunia kerjaya pada masa hadapan. Ceramah disampaikan oleh En. Mohd Saiful Bin Abdullah Saidi Pensyarah MSU. Majlis dirasmikan oleh En.Nikmat Bin Mohamad Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar & Latihan. Semoga program ini dapat diadakan dari masa kesemasa dan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama diantara MSU dan ADTEC Kulim.