23 Oktober 2017, ADTEC Kulim - Seiring dengan pembangunan industri 4.0 pihak Penang Skill Development Center (PSDC) telah memberi taklimat kepada 117 orang pelajar semester 5 untuk program sangkutan industri. Program ini menjamin pekerjaan kepada peserta dengan tambahan elaun bulanan. Pihak ADTEC menyokong program yang dijalankan bagi mengekalkan tahap kebolehkerjaan pelajar pada tahap tertinggi. Semoga dengan program ini dapat memenuhi keperluan tenaga kerja industri.