Pada 8 Nov 2017 berlangsungnya pertandingan rekacipta dan inovasi 2017 bertempat di Dewan sri Mahang, ADTEC Kulim. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar semester 5 dan juga wakil daripada kelab rekacipta dan inovasi ADTEC Kulim. Wakil daripada industri telah dijemput sebagai panel penilai di dalam pertandingan tersebut. Johan pertandingan ini dimenangi oleh Muhammad Akhmal dan Zhulaikha daripada bengkel Telekomunikasi dengan projeknya iaitu Portable Gas Drone.