5 & 11 Nov 2017, Kulim. Seramai 15 orang sukarelawan PISPA ADTEC Kulim berganding bahu bersama anggota APM kulim bagi membantu mangsa banjir di daerah Kulim dan juga seberang perai. Ini berpunca daripada hujan yang turun berterusan dan mengakibatkan kawasan tersebut dilanda banjir. Sejak kejadian banjir yang lalu para sukarelawan ditugaskan di pusat pemindahan banjir untuk membantu mangsa. Selepas banjir surut mereka sibuk mengagihkan sumbangan, membersihkan dewan dan tempat umum. Tahniah anggota PISPA ADTEC Kulim!