BERKONGSI KEMAHIRAN BERSAMA MAAHAD TAHFIZ
5 Disember 2017. ADTEC Kulim. Satu lawatan bagi memperkenalkan kemahiran teknikal kepada para pelajar Maahad Tahfiz telah diadakan kelmarin. Lawatan ini tertumpu sekitar mukim Mahang yang mana rupakan satu kawasan yang jauh daripada kawaan bandar. Oleh hal demikian pihak ADETC Kulim berbesar hati untuk menyediakan latihan teknikal dalam bidang-bidang tertentu kepada pelajar Maahad Tahfiz. Beberapa buah Maahad Tahfiz telah dikenalpasti dan perbincangan ringkas telah diadakan. Semoga program ini mendapat sambutan yang mengalakkan sekaligus memberi peluang kepada ADTEC Kulim bagi berkongsi kemahiran kepada masyarakat setempat.
Kami adalah "Rakan Anda Dalam Teknologi Tinggi"