PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2018

Program Yang Ditawarkan

 

7 Februari 2018 - Seramai 19 orang kakitangan ADTEC Kulim telah berkesempatan melawat ke Institut Aminuddin Baki Wilayah Utara di Jitra, Kedah. Lawatan ini adalah bertujuan untuk menjadi penandaarasan EKSA yang kini dipraktikan pada seluruh jabatan dan agensi kerajaan. Delegasi ADTEC Kulim telah disambut oleh Puan Suriati bt. Suhaim, En. Azman B. Abdan dan juga En. Fazil b. Ahmad. 
Sepanjang lawatan tersebut para Delegasi ADTEC Kulim telah diberikan penerangan mengenai EKSA dan bagaimana ianya dijalankan di IAB. Sepanjang lawatan itu juga Delegasi ADTEC Kulim telah dibawa untuk melawat disekitar kawasan IAB oleh pegawai IAB. Dengan adanya lawatan penadaarasan EKSA ini diharapkan segala perkongsian yang telah dikongsikan oleh pihak IAB akan digunapakai bagi melaksanakan EKSA di ADTEC Kulim khususnya.
Delegasi ADTEC Kulim dalam lawatan in itelah diketuai oleh Penyelas EKSA iaituEn. Farizul Arizal b. Abd. Rahman yang juga Timbalan Pengurusan Sumber, ADTEC Kulim.