PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2018

Program Yang Ditawarkan

2 April 2018 - Satu program lawatan industri ke kilang Fujikura Federal Cables Sdn Bhd. Lawatan ini bertujuan untuk memberi ruang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam penyediaan diri ke alam pekerjaan di samping pendedahan kepada pelajar tentang penghasilan cable metal dan fiber. Selain daripada itu, lawatan ini turut bertujuan untuk mengeratkan hubungan bersama industri untuk memberi peluang pekerjaan kepada pelajar. Dapat melihat gambaran awal bidang pekerjaan dalm sektor industri. Melihat secara terus mesin serta peralatan yang digunakan di dalam industri.Setalah tiba di Fujikura Federal Cables Sdn. Bhd., sesi lawatan bermula di bilik tetamu dan pelajar serta pensyarah diberi taklimat ringkas mengenai kilang dan produk-produk yang dihasilkan. Sesi lawatan berlangsung selama 2 jam setengah, dan pelajar serta pensyarah turut dibawa melawat sekitar kilang. Pelajar dan pensyarah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan di ketuai oleh seorang staf. Sesi lawatan diakhiri denagan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati daripada ADTEC Kulim. Seramai 21 orang pelajar dan 7 Pengajar pengiring terlibat dalam lawatan kali ini.