9 April 2018 ADTEC Kulim. Program Special Guide for Our Young Leaders ILJTM 2018 telah diadakan di ADTEC Kulim selama 3 hari 2 malam dari 6 hingga 8 April. Berbagai aktiviti telah diadakan bagi memenuhi program tersebut antaranya sesi Sharing bersama Pegawai2 Psikologi ILJTM, LDK bersama pelajar Internship Kaunseling UUM USAS UTM dan KUIM. Serama 144 pelajar di kalangan pemimpin pelajar yang terlibat. Program ini dirasmikan oleh Eng Kamaruzaman Bin Hj. Md Ali (Pengerusi ILJTM wilayah Utara).Terima kasih kepada urusetia yang menjayakan program yang diketuai oleh En Mohamad Shahmie Shafii Pegawai Psikologi ADTEC Kulim selaku Pengarah Program. Moga pemimpin pelajar ILJTM terus kedepan. Syabas untuk semua.