5 Julai 2018 ADTEC Kulim, Dengan kerjasama seluruh warga ADTEC, Majlis Jamuan Hari Raya telah dilaksanakan. Ramai tetamu jemputan yang turut hadir dalam meraikan majlis Hari Raya pada kali ini. En Zulkefli bin Omar Pengarah ADTEC Kulim merakamkan setinggi terima kasih kepada semua warga ADTEC yang terlibat bagi menjayakan majlis ini dan juga kepada tetamu yang telah memeriahkan lagi majlis Hari Raya kali ini.