25 Julai 2018, ADTEC Kulim- BSMM ADTEC Kulim telah menganjurkan program derma darah dengan kerjasama Tabung darah hospital Kulim bertempat di ruang legar pusat sumber ADTEC Kulim bermula dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Hasil yang diperolehi daripada sumbangan pelajar dan staf ADTEC Kulim, pihak tabung telah berjaya mendapat 81 beg darah daripada saringan seramai 120 orang. Terima kasih kepada yg telah sudi menderma.