13 SEPTEMBER 2018, mahang. Seramai 41 anggota PISPA ADTEC Kulim telah menjalankan khidmat masyarakat di Balai Raya Ulu Mahang. Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti membersihkan kawasan sekitar balairaya, mengemas, dan mengecat bangunan. Menurut wakil penduduk kampung Ulu Mahang, balai raya tersebut telah lama terbiar dan tidak digunakan. Dengan bantuan daripada anggota PISPA ADTEC Kulim balai raya tersebut kembali ceria dan dalam perancangan untuk dijadikan tadika. Tadika yang sedia terlalu kecil dan telah usang untuk menampung bilangan pelajar sedia ada. Selain daripada kawasan yang lapang dan suasana yang tenang, pemandangan berlatar belakangkan bukit-bukau amat sesuai dijadikan tempat asuhan kanak-kanak setempat. Semoga usaha kecil ini menjadi langkah mula untuk memberi keselesaan kepada generasi akan datang.