16 Okt 2018. Satu kunjungan ke pejabat PPD Kulim-Bandar Baharu telah diadakan bagi membincangkan kerjasama yang diperlukan oleh ADTEC Kulim daripada PPD. Kunjungan diketuai oleh Pengarah ADTEC Kulim sendiri En.Zulkifle Omar bersama Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar En
Nikmat Mohamad dan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Pn. Sapura Hashim. Kedatangan kami disambut baik oleh Pen. PPD En. Mansor Bin Bahari dan En. Khairul Anuar Bin Mokthar. Hebahan pengambilan pelajar baru ADTEC Kulim akan dihebahkan oleh PPD ke semua sekolah menengah di bawah seliaan PPD Kulim-Bandar Baharu.