PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2018

Program Yang Ditawarkan

Safe Handling of Forklift Truck Operation Training (SHFT)

 

 

 

 5 November 2018, ADTEC Kulim dengan kerjasama Al Fatah Teguh PLT telah mengadakan kursus " Safe Handling of Forklift Truck Operation Training (SHFT)". Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pegawai ADTEC Kulim dan ILP Perai telah menyertai kursus ini. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah iaitu En. Ku Mukhtar Ku Yahya.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan mengenai trak angsun / "forklift" serta keselamatan dan juga bagaimana untuk mengendalikan trak angsun / "forklitf" dengan baik dan selamat.

Diantara kandungan kursus adalah :
- Trak Angsun dan Kehendak Perundangan
- Keselamatan Di Tempat Kerja
- Jenis-jenis Trak Angsun
- Komponen Tram Angsun
- Pemeriksaan Trak Angsun
- Sumber Kuasa Trak Angsun
- Kawalan Stering
- Kestabilan Trak Angsun
- Operasi Pengendalian

Selain teori peserta juga akan bersama menjalani latihan praktikal.