15 November 2018 - Pertandingan Rekacipta dan Inovasi ADTEC Kulim (ICC 2018) merupakan salah satu usaha dalam merealisasikan teras nilai ADTEC Kulim dalam melahirkan pelajar yang kreatif dan berinovasi. Ianya juga bertindak sebagai saluran dalam memperlihatkan potensi sebenar pelajar-pelajar ADTEC Kulim dalam aktiviti kreativiti dan inovasi disamping meningkatkan lagi kualiti pelajar untuk bersaing diperingkat yang lebih tinggi. Disamping itu ianya juga dijadikan medan pemilihan wakil-wakil untuk ke pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Pertandingan Inovasi JTM, Pertandingan Inovasi Negara, Pertandingan Teknologi dan Inovasi Antarabangsa (ITEX) dan sebagainya. ICC 2018 telah dijalankan di ADTEC Kulim pada 15 November 2018 dan penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar ADTEC KULIM. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kulim En.Zukefli Bin Omar.
Sebanyak 54 projek telah terpilih untuk dipertandingkan untuk setiap kategori. Para pemenang adalah seperti berikut :-