MAKLUMAT PENTING UNTUK GRADUAN KONVOKESYEN ADTEC KULIM 2018
Untuk melancarkan aturcara majlis konvokesyen dan proses menuntut sijil Diploma, para graduan ADTEC KULIM dikehendaki menyerahkan cetakan slip SKPGTVET dan ETOS kepada pihak urusetia ADTEC KULIM. Langkah-langkah penjanaan slip SKPGTVET dan ETOS adalah seperti berikut:
- Semua graduan (hadir konvo ataupun tidak) dikehendaki mengisi maklumat spkg di laman web: Sistem Kajian Pengesanan Graduan TVET (SKPGTVET) dan eTracer Study (employability) Online System (ETOS) di laman web: ETOS.
- Setelah selesai/lengkap diisi, sila cetak slip terakhir SKPGTVET, (terdapat kod 3D) dan muka surat terakhir ETOS (secara print screen) seperti di bawah:

Contoh slip SKPGTVET
Contoh slip ETOS
- Bawa kedua-dua slip cetakan (SKPGTVET dan ETOS) berkenaan semasa majlis konvo dan serahkan kepada urusetia ADTEC KULIM untuk menuntut sijil/Diploma.
- Bagi mana-mana graduan yang tidak hadir ke majlis konvokesyen, sijil Diploma hanya boleh dituntut jika slip SKPGTVET dan ETOS diserahkan.
- Dalam kes seperti ini, slip SKPGTVET dan ETOS boleh diserahkan kepada:
PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
Lot 635, Jalan Mahang,
09700, Karangan, Kulim
Kedah, Darul Aman.
Sama ada secara:
a) Datang sendiri atau
b) Pos Laju
- Untuk yang tidak hadir majlis konvo, sijil Diploma hanya akan diberi/dipos jika kedua-dua cetakan slip SKPGTVET dan ETOS diterima oleh pihak ADTEC Kulim.
- Sebarang masalah sila berhubung dengan:
CESS :
- En. Amran bin Abd Razak (012-4669080)
- Pn. Zuhaini binti Hashim (019-5502745)
UPP :
- Pn. Haironi Binti Md Isa (019-443 4688)