PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Hebahan

Program Yang Ditawarkan

 

 

14 Ogos 2015 – ADTEC Kulim dengan kerjasama Bulan Sabit Merah (BSMM) Cabang Kulim dan juga Unit Transfusi Hospital Kulim telah menganjurkan kempen Program Derma Darah yang bertempat di Ruang Legar Kulim Hi -Tech, Business Centre, Kedah. Seramai 117 pelajar ADTEC telah menawarkan diri secara sukarela untuk menderma darah .Kempen ini dijalankan untuk membantu para pesakit yang memerlukan seperti mangsa kemalangan, pesakit yang menjalani pembedahan, bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning(jaundis), pesaktit thalassemia dan hemofilia dan ibu yang mengalami tumpahan darah. Di samping itu penderma juga berpeluang untuk mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan darah dan apa terjadi kepada darah yang didermakan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang budiman kerana setitis darah anda yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa.