PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Hebahan

Program Yang Ditawarkan

16 Ogos 2015 - Bila syawal menjelma, rata-rata kalangan kita tidak ketinggalan untuk mengadakan ‘RUMAH TERBUKA’ bagi menjemput kaum keluarga, sahabat handai, jiran, rakan sekerja dan rakan dan taulan. ADTEC Kulim juga mengambil kesempatan untuk  mengadakan Rumah Terbuka  sekaligus meraikan syawal yang masih berbaki beberapa hari lagi pada 16 Ogos 2015 yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna ADTEC Kulim.

Jamuan raya dimeriahkan dengan pelbagai menu hari raya diantaranya kambing bakar, nasi tomato, lemang rendang, laksa serta air batu campur (ABC).  Tetamu mula memasuki dewan Seri Mahang tepat jam 12.00 tengahari. Dianggarkan lebih dari 1200 orang tetamu yang terdiri daripada penduduk kampung Mahang, sekolah berhampiran dan juga wakil-wakil dari industri yang dijemput.

Bagi memeriahkan lagi majlis ini, pihak Kelab Sukan dan Kebajikan ADTEC Kulim (KSK) telah memeberikan sedikit sumbangan kepada kanak- kanak yang hadir. Sumbangan berbentuk duit raya tersebut telah diberikan kepada hampir 50 orang kanak-kanak .

Sambutan jamuan raya kali ini bertujuan memberi peluang kepada komuniiti setempat untuk mengenali ADTEC Kulim secara lebih dekat dan berinteraksi secara terus dengan kakitangan dan pelajar. Program berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Mungkin dimasa hadapan ADTEC Kulim boleh mengadakan majis seumpama ini dengan lebih ramai hadirin dan lebih meriah. Program ini dilihat dapat mengeratkan hubungan antara kakitangan dan pelajar di samping memupuk semangat muhibbah seluruh warga tanpa mengira agama dan keturunan.