Skop Tugas Bahagian Peperiksaan & Persijilan (BP&P)
Menguruskan permohonan PENDAFTARAN SUBJEK & PERSIJILAN PELAJAR
a) Urusan pendaftaran Subjek/Modul/Mengulang/Menduduki Semula Peperiksaan dan merekodkan bagi tujuan semakan.
- Terima dan sahkan borang BKT-07-01 yang lengkap dari Bengkel/Bahagian.
- Rekodkan semua borang bagi tujuan rujukan.
b) Pendaftaran Calon Persijilan JTM
- Terima maklumat pendaftaran Persijilan JTM (SPC- 01) yang lengkap dari pihak Bengkel/Bahagian.
- Rekodkan maklumat bagi tujuan rujukan dokumen persijilan dan kemukakan kepada BKT- JTM untuk laporan pendaftaran.
(Maklumat SPC-01 adalah bagi pelajar- pelajar baru sahaja).
c) Pendaftaran calon Persijilan Kemahiran Malaysia.
- Melaksanakan pendaftaran melalui laman web JPK selepas sebulan pelajar mendaftar (eSKM).
- Kemukakan lampiran Pendaftaran Calon SKM/DKM dan slip akuan pendaftaran kepada Unit Kewangan
- Cetak lampiran pengesahan pendaftaran calon SKM/DKM dari laman web JPK dan edar ke setiap bahagian.
d) TMS (diselaras oleh BPSM).
- Melaksanakan pendaftaran ‘seat maintenance’ bagi Subjek Umum.
- Modul by intake/syllibus (key in maklumat subjek umum dari Sem 1 to Sem 6).
Menyelaras pelaksanaan PENILAIAN, PENGESAHAN dan PEPERIKSAAN AKHIR pelajar.
a) Mengurus lawatan Naziran (Lawatan kali 1 dan terakhir- penyediaan SPC-07).
b) Mengurus aktiviti persediaan Peperiksaan Akhir seperti:
- Penggubalan, penyediaan dan pemeriksaan soalan.
-Melantik panel Penggubal Soalan di kalangan pensyarah setiap Bahagian/Bengkel.
-Menyelaras dan melaksanakan bengkel penggubalan soalan peperiksaan akhir institut.
- Menyelaras mesyuarat/sesi pengesahan soalan yang melibatan penggubal, penyemak dan pengesah/validasi serta penglibatan panel TAC.
c) Melaksana proses Mencetak dan Menyimpan soalan.
- Membuat proofreading bagi semua soalan.
- Mencetak berdasarkan maklumat bilangan calon.
- langkah keselamatan ke atas soalan yang disimpan (simpanan di dalam bilik kebal).
- Mengedar soalan pada masa yang betul
d) Pemantauan pelaksanaan peperiksaan akhir
- Menyedia Laporan Ketua Pengawas Peperiksaan untuk makluman BKT-JTM
e) Keputusan Peperiksaan Akhir
- Pemantauan pelaksanaan CGPA:
- Terima keputusan SPC- 02 (softcopy) dari pihak Bahagian/Bengkel.
- Menjana keputusan ke dalam SPC-04/05/06.
- Menyelaras Mesyuarat MJKPP bagi tujuan pengesahan keputusan.
- Untuk Sistem CGPA Manual, maklumat SPC-04/05/06 yang asal diserahkan kepada pelajar dan sesalinan kepada BPPL dan direkod.
Menguruskan proses PERSIJILAN dan PENGIKTIRAFAN pelajar.
a. Sijil JTM
- Menyedia dan mengesahkan maklumat keputusan peperiksaan akhir pelajar untuk semakan pegawai Naziran seperti berikut:
- Maklumat SPC-02, SPC-03
- Borang Keputusan Peperiksaan (SPC 04)
- Borang Laporan Keputusan Akhir (SPC 05)
- Borang Permohonan Pengeluaran Sijil (SPC 06)
- Borang SPC- 07 (Untuk Tahap 1, 2 dan 3 sahaja)
- Kemaskini laporan keputusan yang telah disahkan dalam Borang Maklumat Persijilan ILJTM (BKT-14-01).
- Hantar dokumen (borang BK-T14-01), SPC-05, SPC-06, dan Laporan Verifikasi Naziran ke BKT JTM (HQ).
- Menyediakan transkrip akademik selepas keputusan MJPP-HQ disahkan.
- Menerima sijil-sijil dari BKT-JTM dan mengesahkan penerimaan menggunakan borang BK-T14-02.
- Menyerahkan sijil kepada pelajar dengan pelajar membuat akaun penerimaan sijil menggunakan borang BK-T14-03 (semasa sesi Konvokesyen).
b. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM/DKM)
- Mengurus lawatan Pegawai Pengesah Luar (PPL) bagi:
- Verifikasi portfolio dan peperiksaan (pelajar sem 5).
- Verifikasi pembentangan projek (pelajar Sem 5)
- Menghantar surat dan senarai semak
- Borang T1003
- Semakan terhadap sijil yang diterima dan penyerahan kepada pelajar menggunakan borang perakuan penerimaan sijil SKM/DKM/DLKM (BKT-14-04).
Menguruskan KHIDMAT PAKAR LUAR
- Menguruskan khidmat Pakar Penasihat (TAC) dalam pengesahan soalan peperiksaan yang telah digubal (senarai pakar dicadangkan oleh pihak Bahagian/Bengkel).
- Menguruskan lawatan panel Pakar Industri untuk projek akhir pelajar.
- Menguruskan dokumentasi dan tuntutan kewangan pakar yang terlibat.
Pengurusan KEWANGAN
- Melaksana urusan LO pendaftaran calon SKM/DKM
- Menyelaras bayaran urusan sewaan dan makan minum kursus/bengkel penggubalan soalan.
- Tuntutan kewangan panel TAC
- Tuntutan kewangan Pengajar Jemputan/Luar subjek umum
- Penyediaan urusan makan minum bagi lawatan oleh pegawai luar seperti PPL , panel TAC (Pengesahan soalan), panel Pakar Industri (projek tahuan akhir) serta Naziran.