30 Julai 2010 Berita Harian - Putrajaya: Pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang setaraf dengan diploma kini berpeluang diterima memasuki skim perkhidmatan awam selain layak menyambung pengajian ke peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi (IPT). Sehubungan itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam meminta Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bekerjasama dengan IPT, termasuk politeknik selain badan persijilan dalam dan luar negara bagi mengiktiraf SKM.