Isnin 25 April 2011 Sinar Harian
Gunung Jerai - Seramai 40 sukarelawan Wataniah dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim telah berjaya di dalam pendakian menawan Gunung Jerai. Pendakian mengambil masa selama lima jam tersebut agak mencabar kekuatan mental dan fizikal semua ahli pasukan. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara setiap pendaki dan menabur bakti dengan mengadakan gotong-royong di keseluruhan Pusat Rekreasi Taman Rimba Gunung Jerai. Pencapaian ini membuktikan bahawa kekuatan mental dan fizikal juga diperlukan seiring dengan ilmu kemahiran sekiranya ingin berjaya di dalam satu-satu bidang atau aktiviti.