17 November 2013 - ADTEC Kulim telah berjaya layak ke peringkat akhir dalam pertandingan Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2013 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang berlangsung di Dewan Pameran Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula 11 hingga 14 November 2013. Pasukan Inovasi ADTEC Kulim yang diketuai pensyarah En.Junaidi Osman dan 4 orang pelajar daripada kursus Diploma Teknologi Mekanikal menampilkan projek PALM SCOOP untuk dipertandingkan.