PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Keratan Akbar

Program Yang Ditawarkan

Pertimbang Dana Kemahiran

 

25 JANUARI 2018, KUALA LUMPUR - Peruntukan dana yang semakin kurang hingga 50 peratus bagi program pembangunan kemahiran, dikhuatiri memberi kesan negatif kepada usaha kerajaan untuk memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Menurut Presiden Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC), P. Sailanathan, sebelum ini RM300 juta dana diperuntuk bagi program latihan dan pendidikan kemahiran, namun ia berkurangan kepada RM175 juta pada tahun ini, menyebabkan sasaran 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2020, sukar dicapai.
Katanya, dana diperuntukkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), di bawah kendali Kementerian Sumber Manusia makin mengecil, akan membataskan operasi institut latihan kemahiran berjumlah 350 buah seluruh negara, selain akan menjejas pengeluaran lebih separuh daripada 25,000 pelatih teknikal dan kemahiran setahun. Seiring tuntutan semasa pekerjaan yang menawarkan kira-kira 100,000 peluang kerjaya setiap tahun, selain hasrat kerajaan menuju negara maju pada 2020, kami amat berharap serta memohon peruntukkan ini ditambah demi manfaat bersama.
"Pertimbangan dan perhatian wajar diberikan supaya permasalahan yang berbangkit diselesaikan segera demi kebaikan bersama, kerana pelatih ini amat bergantung kepada keprihatinan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membolehkan mereka membina kerjaya dan masa depan," katanya. Beliau berkata demikian selepas sesi dialog bersama peserta program Solidarity Pray for Skills Malaysia, di Institut Latihan Perindustian Kuala Lumpur di sini, hari ini. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK, Datuk Seri Adenan Ab. Rahman

 

Sumber: UTUSAN ONLINE

ADTEC Kulim +