Difahamkan, ketika kejadian terdapat tiga mangsa warga tempatan termasuk Firdaus berada di atas kren tersebut sebelum ia menggelungsur dan tumbang. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden tersebut kira-kira pukul 11.49 malam.
 

“Seramai 30 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Sri Hartamas dan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba menggunakan jentera Turn Table Ladder (TTL) untuk operasi menurunkan dua lagi mangsa yang terperangkap itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Sumber: KOSMO