PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Keratan Akbar

Program Yang Ditawarkan

Lebih 500 OKU ditempatkan dalam sektor pekerjaan

 

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Seramai 537 orang termasuk 187 wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditempatkan dalam sektor pekerjaan sehingga Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata penempatan golongan itu selari dengan komitmen kerajaan bagi mencapai sasaran Dasar Satu Peratus pembabitan OKU dalam sektor pekerjaan.

Mahfuz berkata kerajaan juga menggalakkan penglibatan OKU dalam bidang keusahawanan iaitu seramai 1,061 OKU telah dibantu melalui Geran Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU sehingga Okt lepas.

sumber : Bernama

ADTEC Kulim +