PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Keratan Akbar

Program Yang Ditawarkan

ADTEC Jerantut hasilkan pelindung muka untuk petugas kesihatan - 3 April 2020

Akhbar : Sinar Harian (Edisi Pahang) | Tarikh : 3 April 2020


ADTEC Jerantut hasilkan pelindung muka untuk petugas kesihatan - 3 April 2020 JERANTUT - Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh tenaga pengajar dan kakitangan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut di sini.

Pusat terbabit turut tidak ketinggalan mengambil inisiatif untuk menghasilkan lebih 10,000 peralatan pelindung muka setakat ini dalam membantu kerajaan menangani pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Ia hasil usaha Bahagian Teknologi Polimer (Plastik) yang menggunakan teknologi Injection Moulding Mechine hasil improvisasi dan modifikasi mesin pembuat acuan yang ada bagi menghasilkan perisai muka terbabit.

Inisiatif itu dapat membantu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) memperoleh alat itu dengan segera dan mudah untuk digunakan oleh petugas barisan hadapan sebagai salah satu alatan menangani wabak itu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Pengarah ADTEC, Kamaruzaman Md Ali berkata, lebih 20 kakitangan dan tenaga pengajar yang tinggal di kuarters ADTEC mengambil peluang tempoh PKP itu berganding bahu menghasilkan pelindung muka terbabit.

Menurutnya, setakat ini, pusat itu telah membekalkan perisai muka untuk kegunaan Klinik Kesihatan Lipis sebanyak 100 unit, Hospital Lipis (120 ), Klinik Kesihatan Bera (100) dan kegunaan tambahan untuk 40 pembantu perubatan di Jerantut.

Artikel Penuh - https://www.sinarharian.com.my/article/77147/EDISI/Pahang/ADTEC-Jerantut-hasilkan-10000-pelindung-muka-untuk-petugas-kesihatan

]]>

ADTEC Kulim +