PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Sebutharga

Program Yang Ditawarkan

ARAHAN SEBUTHARGA

Arahan bertulis sebutharga ini bertujuan memberi panduan jelas kepada pembekal yang berkelayakan dan berminat bagi menyertai sebutharga seperti dinyatakan di atas. Sebutharga adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang :

KOD BIDANG : 010102  PENERBITAN DAN PENYIARAN (Penerbitan - Bahan Bacaan)

  1. Kaedah penilai sebutharga terbahagi kepada dua iaitu Penilaian Teknikal & Penilaian Harga. Jawatankuasa Penilaian akan memberikan skor yang sewajarnya berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan. Pembekal perlu memahami setiap kriteria yang ditetapkan dan mengunci masuk data/spesikasi item/harga seperti yang dikehendaki. Kegagalan pembekal memahami dan mengunci masuk data dengan tepat boleh menyebabkan jumlah skor diperolehi rendah dan gagal dalam penilaian.

 

  1. Bagi penilaian teknikal, terdapat tiga kriteria ditetapkan dan skor diberikan berdasarkan kepada:
  2. Jadual spesifikasi item – Pembekal perlu mengunci masuk tawaran spesifikasi yang ingin ditawarkan dengan jelas. Ini akan memudahkan Pegawai Penilaian memberi skor yang sewajarnya. Pembekal boleh mencadangkan bahan bacaan yang berkaitan dan relevan dengan tajuk yang dinyatakan sekiranya bahan yang tersenarai gagal dijumpai dipasaran.
  3. Pengalaman Syarikat – Pembekal perlu mengemaskini data pengalaman syarikat didalam sistem EP. Mohon berhubung dengan CDC jika mengalami masalah berkenaan data pengalaman syarikat.
  4. Pengesahan Lampiran Spesifikasi – Selain mengunci masuk spesifikasi item didalam sistem, pihak urusetia sebutharga mewajibkan pembekal memuat turun Lampiran Spesifikasi dan Harga manual yang telah dilampirkan dan melengkap jadual tersebut. Jadual yang telah dilengkapkan perlu diimbas (Scan) dan dimuat naik semula ke dalam sistem.

 

  1. Pembekal perlu melengkapkan jadual spesifikasi item sekurang – kurangnya 70% dari jumlah item. Langkah ini sangat penting bagi memastikan tawaran pembekal dapat melepasi penanda aras tahap lulus penilaian teknikal dan seterusnya boleh dinilai oleh Penilaian Harga. Kegagalan pembekal dikhuatiri akan menyebabkan tawaran pembekal gagal pada peringkat penilaian teknikal.

 

  1. Keadah penilaian harga dilaksanakan seperti kaedah perolehan yang lepas. Pembekal dikehendaki mengunci masuk harga yang munasabah dan kompetetif untuk dinilai.

 

  1. Pembekal boleh berhubung terus dengan Pusat Sumber ADTEC Kulim bagi sebarang pertanyaan spesifikasi/tajuk buku di talian 04-4042975 ext 116 (Puan Sahilah Bt Hj Ismail). Bagi urusan sebutharga, pembekal boleh berhubung terus dengan Urusetia Sebutharga di talian talian 04-4042975 ext 178,179 (Shahrul Fahmi Effandi bin Shoabani)

 

MUAT TURUN  LAMPIRAN SPESIFIKASI PEMBEKAL SH 18_2019

ADTEC Kulim +