Portal ADTEC Kulim menyediakan kemudahan untuk membantu mereka yang memerlukan sedikit ubahsuai kepada kandungan laman ini supaya dapat dibaca dalam keadaan yang terbaik. Ini untuk memenuhi matlamat W3C Web Accessibility Initiative (WAI) yang mana untuk menjadikan laman web boleh diakses oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.
Antara kemudahan yang disediakan pada masa ini ialah :
1. Pengubah saiz teks - Ubah saiz teks menjadi lebih besar atau menjadi lebih kecil untuk memudahkan bacaan anda. Anda akan menemui ikon pada penjuru atas-kanan.
2. Pembaca teks - Membaca teks yang terdapat di dalam laman web ini, terutamanya ucapan, berita serta beberapa lagi kandungan yang lain. Pembaca teks tersebut akan menghasilkan bunyi yang dijana secara automatik supaya mereka yang tidak dapat membaca dengan jelas maklumat yang dipaparkan dapat mendengarnya. Anda akan menemui ikon pada penjuru bawah-kanan.Aplikasi yang boleh digunakan adalah IE Page Reader. Dapatkan IE Page Reader di sini. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows 2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine. Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.