Berita Inovasi
MAKLUMAT PERTANDINGAN:-
PERTANDINGAN : International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2014 (ITEX 2014)
PENGANJUR : Malaysian Invention and Design Siciety (MINDS)
LOKASI PERTANDINGAN : KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)
TARIKH PERTANDINGAN : 8-11 Mei 2014
ADTEC KULIM untuk tahun ketiga kalinya memperolehi anugerah GOLD MEDAL di pertandingan ITEX 2014, terpilih mewakili Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bersama 10 projek yang lain ke pertandingan dan pameran rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2014) yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 8 hingga 11 mei 2014 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Turut bersama mewakili pasukan ILJTM ialah 9 projek lain yang di wakili oleh pasukan inovasi ILP kuala Terengganu, ILP kota kinabalu,JMTI,,ILP Kota Bharu,
Kumpulan Inovasi ADTEC KULIM yang di wakili oleh En. Junaidi Bin Osman (Pensyarah), Muhamad Farid b Hassanuddin (Pelajar Elektronik Sem 4),Muhamad Aliff b Mohamad Rosdi (Pelajar Mekanikal Pembuatan sem.4), Muhamad Fadzli b Mohamad (Pelajar Elektronik sem.4), Muhamad Ridzuan b Abu Seman (Pelajar Telekomunikasi sem.4) mempertaruhkan satu projek rekabentuk mekanikal untuk persaingan diantara keseluruhan projek inovasi dari pelbagai universiti, institusi penyelidikan , institusi pembelajaran, syarikat korporat, individu, rakan IP serta dari negara antarabangsa yang lain iaitu Taiwan, Thailand, Indonesia, Iran, Arab Saudi bagi merebut anugerah-anugerah seperti Patron Award, Asian Invention Cup 2014, Asian Young Inventors Cup, WIPO Award, IFIA Cup, ITEX Best Invention, ITEX 2014 Best Green Invention,ITEX & AYIE 2014 Medals, Malaysia Innovative Product Award, Malaysian Young Inventor Awards, Sponsor Awards dan akhir sekali International Awards
Strategi persembahan projek inovasi oleh ADTEC Kulim telah berjaya memikat hati juri pertandingan ITEX tersebut dengan mempertaruhkan projek Intelligent Device Attachment for Standard Wheelchair (iDAS) seterusnya telah di anugerahkan GOLD MEDAL AWARD dari ITEX 2014 serta di. Lebih manisnya juga ini adalah kejayaan memperolehi GOLD MEDAL bagi tahun yang ketiga oleh ADTEC KULIM di persada inovasi . Pengiktirafan ini juga membuktikan bahawa projek inovasi hasil ciptaan ADTEC Kulim mampu memperolehi pengiktirafan antarabangsa dan seterusnya membuktikan bahawa projek yang dihasilkan di ADTEC Kulim adalah berkualiti dan bersatus antarabangsa.
Tahniah kepada ADTEC KULIM kerana telah berjaya mengharumkan nama JTM dan ADTEC Kulim di persada pengiktirafan antarabangsa didalam aspek inovasi dan penciptaan . Harapan ADTEC Kulim akan terus maju dan menempa lebih banyak kejayaan menerusi Inovasi di tahun-tahun yang mendatang.
KUMPULAN INOVASI ADTEC KULIM:
En. Junaidi Bin Osman (Pensyarah Jabatan Mekanikal),
Muhamad Farid b Hassanuddin (Pelajar Diploma Elektronik),
Muhamad Aliff b Mohamad Rosdi (Pelajar Diploma Mekanikal Pembuatan),
Muhamad Fadzli b Mohamad (Pelajar Diploma Elektronik)
Muhamad Ridzuan b Abu Seman (Pelajar diploma Telekomunikasi )
MAKLUMAT PROJEK INOVASI
TAJUK PROJEK: INTELLIGENT DEVICE ATTACHMENT FOR STANDARD WHEELCHAIR (iDAS)
ABSTRAK:
Komponen inovasi yang dihasikan adalah hasil daripada pemerhatian serta cetusan idea dilakukan hasil penganalisaan selama beberapa bulan kebelakangan terhadap kesusahan serta kegagalan orang-orang kelainan upaya (OKU) dalam mengendalikan kerusi roda dilaluan OKU serta dilaluan berhalangan. Kegagalan kerusi roda sediada kini menghadkan pergerakan OKU dirumah mahupun di luar seperti pusat membeli belah. Segala urusan menjadi terbatas dan terhad. Permasalahan pertama: paling utama ialah pengguna berkerusi roda tidak dapat menggunakan sendiri laluan OKU oleh kerana keadaan laluan tersebut yg curam mengakibatkan pengguna berkerusi roda tidak dapat mendaki dengan sendirinya akibat daripada jumlah bebanan yang di bawa serta perlu mengharungi laluan mendaki. Penggunan berkerusi roda memerlukan bantuan orang lain untuk menolak kerusi roda tersebut untuk mendaki laluan OKU tersebut. Tiada keupayaan untuk mendaki sendiri. Permasaahan kedua: Apabila melibatkan halangan seperti permukaan jalan atau laluan yang bertingkat. Berdasarkan permasalahan tersebut tercetus idea bagi menghasilkan suatu set alatan yang dapat dipasangkan kepada kerusi roda biasa yang seterusnya dapat mengatasi kedua-dua permasalahan tersebut dapat memudahkan OKU untuk kemana-mana sahaja tanpa halangan dan tanpa perlu meminta pertolongan orang lain. Berdasarkan penemuan hasil dari ujikaji dan eksperimen yang dijalankan maka terhasilah suatu set alatan diberi nama INTELLIGENT DEVICE for STANDARD WHEELCHAIR (IDSW) yang merupakan suatu alatan yang mempunyai beberapa komponen produk yang perlu dipasangkan kepada kerusi roda biasa , dan seterusnya dapat menghasilkan beberapa fungsi tambahan kepada kerusi roda tersebut iaitu seperti tindakan membrek dan pergerakan satu hala semasa mendaki cerun, boleh melepasi halangan yang bertingkat. Kesemua fungsi yang terhasil ini tidak membelakangkan fungsi asal kerusi roda bahkan ianya masih dikekalkan. Kefungsiaan tambahan yang dierolehi tersebut boleh diperolehi sendiri oleh OKU yang menggunakan kerusi roda tersebut tanpa memerlukan bantuan orang lain, ianya boleh dilakukan sendiri daripada TIDAK BOLEH KEPADA BOLEH .
KELEBIHAN PROJEK:
- Pengguna kerusi roda atau OKU boleh mendaki sendiri dilaluan khas OKU tanpa bantuan orang lain.
- Pengguna kerusi roda atau OKU boleh mengatasi laluan berhalangan tanpa bantuan orang lain.
- Menambahkan aspek keselamatan pada kerusi roda standard (Brek satu hala).
- Mudah untuk digunakan (plug & play)
- Kos yang rendah.(RM114.00).
- Komponen yang boleh diselenggara sendiri
- Unsur produk adalah selamat dan tidak mempunyai unsur merbahaya bahaya
LAPORAN OLEH :
Junaidi bin Osman
Penasihat Projek/ Pengerusi JK Inovasi ADTEC Kulim/
Pensyarah Jabatan Mekanikal
Pusat Penyelidikan, Pembangunan Inovasi & Pengkomersialan
(Program Inkubator)
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
Lot 635, Jln Mahang Karangan
09500 Kulim
KEDAH