KERATAN AKHBAR

PERTANDINGAN : ANUGERAH INOVASI NEGARA 2011 (AIN 2011)    
PENGANJUR  KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI (MOSTI)    
TARIKH 15-16 NOVEMBER 2011    
LOKASI PERTANDINGAN : PWTC, KUALA LUMPUR    
 
15-16 November 2011 – ADTEC Kulim buat julung kalinya  telah layak ke peringkat akhir pertandingan Anugerah Inovasi Negara 2011 yang telah dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pertandingan selama 2 hari itu telah berlangsung di ruang legar PWTC Kuala Lumpur. ADTEC kulim juga adalah merupakan satu-satunya wakil JTM yang layak ke pertandingan akhir tersebut.
 
Pertandingan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu kategori Sekolah, Produk, Perkhidmatan dan Kategori AKAR UMBI. Projek Mekanikal ADTEC KULIM telah terpilih sebagai FINALIS Anugerah inovasi Negara 2011  (kategori AKAR UMBI). Finalis adalah 10 projek terbaik Negara yang terpilih berdasarkan saringan dan dipertandingkan pada majlis Anugerah Inovasi Negara 2011. Bagi setiap kategori yang dipertandingkan adalah untuk merebut hadiah yang mana  juara pertandingan akan menerima sebanyak RM 20,000 bagi kategori Akar Umbi
 
ADTEC  KULIM adalah satu-satunya wakil JTM yang telah berjaya melayakkan diri ke FINAL  Anugerah Inovasi Negara 2011 tersebut. Tahniah diucapkan kepada kumpulan inovasi ADTEC Kulim yang telah mengharumkan nama ADTEC Kulim sekaligus nama JTM juga. Walaupun tidak merangkul juara dalam pertandingan tersebut, sekurang-kurangnya telah terpilih sebagai 10 projek terbaik Negara. Diharap semoga pasukan ADTEC Kulim akan terus beusaha untuk mencapai kejayaan dan dapat memberi kesan dan impak yang positif dalam sama-sama membangunkan kemajuan ADTEC Kulim dan secara tidak langsung pihak JTM juga.
 
 PROJEK YANG LAYAK:
 
 Projek Inovasi yang telah terpilih ke peringkat akhir (10 Terbaik Negara)  tersebut ialah AUTO-SHUT MECHANICAL VALVE (A.S.M.V) .