KERATAN AKHBAR

 

24-26 Januari 2015, Kumpulan inovasi ADTEC KULIM iaitu GI-TEC RACING TEAM telahpun bertolak ke litar lumba Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bagi melaksanakan misi percubaan dan pengujian litar bagi jentera inovasi yang telah di hasilkan. Kumpulan GI-TEC Racing Team ini di ketuai oleh EN. JUNAIDI BIN OSMAN selaku ketua kumpulan juga dibantu oleh PN. AZIMA ZURAITI BINTI ABDUL AZIZ serta dianggotai oleh 8 orang pelajar diperingkat diploma.

Pengujian dan percubaan litar ini adalah bertujuan mengujicuba jentera yang telah dibangunkan selama hampir 3 tahun serta dan pengujian ini adalah bertujuan memberikan pengalaman situasi perlumbaan sebenar kepada pemandu jentera merasai dan seterusnya boleh menguasai litar dengan sedikit percubaan strategi perlumbaan. Pengujian ini adalah merangkumi pengujian ketahanan rekabentuk rangka utama jentera di dalam suatu tempoh yang lama dan ketahanan struktur badan jentera bagi mengikuti perlumbaan sebenar. Selain itu juga ketahanan dan prestasi enjin jentera juga di nilai dan di analisis bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan jentera ini dari segi prestasi perlumbaan di samping dapat mencapai perlarasan yang maksimum bagi prestasi perlumbaan sebenar. Perlarasan dan percubaan dilakukan bagi mencari perlarasan dan penentuan terbaik baik perlumbaan.

Tempoh selama 3 hari di litar di manfaatkan dengan percubaan jentera di litar serta beberapa pengujian lain juga dilaksanakan, iaitu seperti pecutan, halaju dan ujian masa juga dilaksanakan bagi menilai kekuatan jentera yang telah dibangunkan. Persediaan pengujian ini juga adalah bagi mempersiapkan jentera ini bagi menyertai pertandingan innovation Formula varsity di peringkat kebangsaan iaitu seperti pertandingan EiMARACE, Student Formula Varsity, iPMARACE dan lain-lain lagi pertandingan yang dipertandingkan.