Diploma Teknologi Elektronik
Diploma Teknologi Elektronik
Program yang ditawarkan disini adalah Diploma Teknologi (DT) Elektronik . Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pengukuran dan baikpulih. Di samping itu pelajar juga diharap berketrampilan untuk:
- membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik.
- membuat pelbagai pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar.
- merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB)
- mengunakan PLC, sensor dan sistem hydraulic & pneumatik untuk pengawalan sistem automasi komplek.
- membuat pengaturcaraan dan merekabentuk sistem berasaskan microprocessor dan microcontroller.
- menjalankan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik (automatic measuring system) melalui pengaturacaraan berasaskan objek / grafik.
- menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekommunikasi.
Kurikulum kursus ini juga dilengkapi dengan COCU Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik EE-021-2012 Tahap 2, Troubleshooting, Pembaikpulihan & penyelenggaraan Peralatan Elektronik, EE-021-3:2012 Tahap 3, dan Pembangunan Produk Elektronik EE-021-4:2014 Tahap 4.
Tempoh Latihan
3 tahun
Kelayakan Akademik
Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut :
i) Lulus Bahasa Melayu
ii) Lulus Sejarah (SPM 2013 dan seterusnya)
iii) Lulus Bahasa Inggeris
iv) Lulus Matematik/Matematik Tambahan
Persijilan
1. Diploma Teknologi Elektonik ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) .
2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 EE-021-4:2012 Electronic Product Development ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).