• TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI

 Pengenalan

Kursus ini direkabentuk supaya dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan telekomunikasi serta elektrikal/elektronik . Kurikulum kursus ini mengandungi asas-asas sistem rangkaian telekomunikasi, PABX, sistem komunikasi analog dan digital, sistem pendawaian fiber optic dan copper , penggunaan lurang (mainhole) dan tiang (pole)  dan juga penggunaan teknologi terkini iaitu teknologi tanpa wayar (wireless) 5G/4G/3G dan 2G. Teknologi Point to Point wireless communication, enterprise access point, Fiber to the home (FTTH), Voice over internet protocol (VoIP) dan penyelenggaraan rangkaian telekomunikasi juga dimasukkan ke dalam silibus bidang telekomunikasi tersebut.

 

Kursus yang ditawarkan:

 

Kerjaya:

Para graduan berpeluang menjawat jawatan sebagai Pembantu Jurutera Telekomunikasi di sektor awam atau swasta seperti Telekom Malaysia, Astro Broadcast Asia  Sdn Bhd , RTM,TV3, Malaysia Airport, Maxis, Celcom,Digi dan lain-lain  syarikat berkaitan industri telekomunikasi.

Para graduan berpeluang bekerja di syarikat-syarikat yang berteraskan teknologi maklumat seperti syarikat yang mengendalikan sistem pelayan (server) untuk sistem rangkaian internet , CCTV atau sebagainya dan juga bekerja di pusat data (data centre) atau sebagai juruteknik IT helpdesk centre .

Akhir sekali, para graduan boleh juga berpeluang bekerja di sektor perkilangan elektrik dan elektronik sebagai juruteknik penyelenggaraan atau sebagainya.