• FAQ

Pertanyaan Berkaitan Kursus Di ADTEC Kulim

ADTEC Kulim menawarkan kursus sepenuh masa di peringkat DIPLOMA dalam bidang-bidang seperti berikut:

1. Diploma Teknologi Elektronik

2. Diploma Teknologi Mekatronik

3. Diploma Teknologi Telekomunikasi

4. Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan)

5. Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan)

 

ADTEC Kulim menawarkan tempoh pengajian yang SAMA di semua kursus yang ditawarkan.

 

LEPASAN SPM/SETARAF

1. Tempoh pengajian selama 3 Tahun

    a. 2 Tahun 6 Bulan (Latihan di ADTEC Kulim)

    b. 6 Bulan (Latihan Industri)

 

LEPASAN SKM (Tahap 3)

1. Tempoh pengajian selama 1 Tahun 6 Bulan

    a. 1 Tahun (Latihan di ADTEC Kulim)

    b. 6 Bulan (Latihan Industri)

 

*ADTEC Kulim menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar sehingga di akhir pengajian sebelum menjalani Latihan Industri (LI) di hujung semester.