penafian

Kerajaan Malaysia dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC Kulim) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh ADTEC Kulim. Maklumat yang dikumpulkan adalah bagi tujuan rujukan umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman web ADTEC Kulim, ia hanyalah untuk menyatakan ADTEC Kulim TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Maklumat / bahan / artikel tersebut berkemungkinan telah pun diubah semula beberapa ketika sebelum anda membacanya.Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan maklumat / bahan / artikel yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. ADTEC Kulim tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan laman web dan maklumat dan bahan terkandung dalam laman web dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.