• TEKNOLOGI ELEKTRONIK

Teknologi Elektronik

 Pengenalan

Kursus ini menyediakan pelajar dengan asas pengetahuan dan kemahiran yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berdasarkan penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pengukuran dan baikpulih. Di samping itu pelajar juga diharap berketrampilan untuk:


- Membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik.
- Membuat pelbagai pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar.
- Merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB).
- Menggunakan PLC, sensor dan hidraulik & pneumatik sistem untuk mengendalikan sistem automasi kompleks.
- Membuat pengaturcaraan dan merekabentuk mikropemproses dan mikrokontroler berasaskan sistem.
- Menjalankan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik melalui sistem pengaturcaraan berdasarkan objek / grafik.
- Menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekommunikasi.

 

Kursus yang ditawarkan:

Diploma Teknologi Elektronik

 

Kerjaya

Prospek kerjaya untuk pelajar dari program ini berpeluang menceburi kerjaya sebagai:
• Technologist in Electronic Industry
• R & D Technician
• QA / QC Technician
• Test Technician
• Electronic Assembly Technician
• Penolong Pegawai Latihan Vokasional
• Lain-lain pekerjaan berkaitan

 Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di UteM, UTHM, UniMAP dan lain-lain IPT Kemahiran.