• BAHAGIAN / UNIT

Pengenalan

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) merupakan bahagian yang terpenting dan sentiasa berhubung terus dengan para pelajar dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka sebagai pelanggan utama ADTEC Kulim. (BPPL) ADTEC Kulim terdiri dari 4 unit yang bertujuan melaksanakan menyokong visi dan misi BPPL ke arah memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelajar dan “stakeholder” lain ADTEC Kulim termasuk ibu bapa, bakal pelajar, bekas pelajar, kerajaan, pihak industri dan semua rakyat Malaysia. Bahagian-bahagian ini adalah Unit Hal Ehwal Pelajar, Unit Kaunseling, CESS dan Unit Disiplin dan Ko-kurikulum.

Fungsi

Fungsi utama BPPL adalah memberi perkhidmatan kepada pelajar dan pembangunan modal insan. Fungsi-fungsi ini dilaksanakan oleh unit-unit di bawahnya.

Unit HEP

  • Menjalankan aktiviti promosi terutamanya kepada remaja lepasan sekolah.
  • Menyelia pengambilan pelajar dan pendaftaran pelajar baru.
  • Menyelaras data pelajar sepanjang mereka berada di ADTEC Kulim.
  • Menjaga kebajikan pelajar.
  • Menguruskan pemohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

Unit Kaunseling

• Memberi khidmat nasihat, bimbingan dan kaunseling kepada pelajar. • Menjalankan program pembangunan modal insan seperti kem kepimpinan dan teambuilding. • Menasihati Majlis Perwakilan Pelajar dalam merancang dan menjalankan aktiviti.

Unit Displin Dan Ko-kurikulum

• Meyelaras aktiviti ko-kurikulum dan memastikan semua pelajar melibatkan diri dalam kelab dan persatuan. • Memantau displin pelajar bagi melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik. • Menyelia dan menguruskan prosedur tatatertib pelajar (JTPI dan JTPII).

Objektif

Jabatan Kawalan Kualiti & Latihan ADTEC Kulim berperanan menyelia dan mengawal mutu latihan yang dijalankan di ADTEC Kulim agar ianya selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Tenaga Manusia.

Fungsi

  • Mengurus dan menyelaras pembangunan kurikulum latihan merujuk kepada Kerangka Kelayakan Malaysia dan NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  • Mengurus dan menyelaras permohonan dan pembaharuan Pusat Bertauliah dengan pihak JPK bagi pelaksanaan sistem pentauliahan JPK.
  • Mengurus dan menyelaras program pembangunan tenaga pengajar dengan mengenalpasti perkara-perkara seperti berikut:
  • Kursus-kursus umum dan teknikal yang bersesuaian dengan tenaga pengajar dan kakitangan pentadbiran.
  • Seminar / bengkel bagi tujuan pemantapan pengetahuan dan kemahiran kakitangan.
  • Peningkatan akademik tenaga pengajar.
  • Menyelaras dan mengemaskini rekod kepakaran teknikal staf.
  • Mengurus permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia secara PPT.
  • Mengurus data-data berkaitan pembangunan tenaga pengajar dan kakitangan pentadbiran.
  • Menilai keberkesanan latihan dengan mengumpul dan merekod data / maklumat, mengenalpasti data / maklumat yang diperolehi serta menyediakan laporan berdasarkan analisis yang dibuat.
  • Mengurus dan menyelaras semua aktiviti pertandingan yang dianjurkan di peringkat jabatan, kebangsaan dan antarabangsa.
  • Urusetia untuk aktiviti MS ISO 9001: 2008, akreditasi MQA dan persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/EKSA) dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
  • Mengurus dan menyelaras lantikan dan aktiviti bersama khidmat pakar dan penasihat ADTEC Kulim.

Objektif :

Bertindak sebagai medium perhubungan dengan syarikat-syarikat sekitar di sekitar ILP Marang dalam mempromosikan pelajar keluaran ILJTM.
  • Menguruskan segala hal ehwal kerjasama industri dan institut serta meningkatkan penyertaan pihak industri dalam latihan yang dijalankan di ILJTM.
  • Memberi keyakinan kepada industri bahawa pelajar keluaran ILJTM adalah berkualiti di samping memastikan pelajar pelajar ILJTM mendapat peluang pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pelajaran.

Fungsi :

1. Kaunselor Kerjaya
  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling.
  • Mengadakan temuduga terbuka.
  • Menyediakan perkhidmatan pendaftaan pekerjaan.
  • Mengadakan seminar / bengkel pembangunan kerjaya.
      2. Kursus Jangka Pendek
      • Menyediakan kursus secara Customised (kursus berbayar & mengikut kehendak pelanggan).
      • Menyediakan kursus jangka pendek secara modular (kursus berbayar yang ditawarkan oleh Institut).
      • Menyediakan promosi dan lawatan industri untuk syarikat dan individu.
      • Perkhidmatan pendaftaran kekompetenan Suruhanjaya Tenaga.
      • Sistem Latihan Dual Nasional.
      • Promosi dan pendaftaran industri.
      • Bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
      • Penempatan perantis SLDN.
      • Menyelaras peperiksaan dan persijilan SKM.
      3. Latihan Industri (LI)
      • Menguruskan penempatan pelajar di industri.
      • Penilaian prestasi pelajar LI.
      • Hubungan dengan pihak industri.
      4. Alumni
      • Urusetia Persatuan Alumni ADTEC Kulim.
      • Urusetia Persatuan Alumni ADTEC Kulim.
      • Hubungan dengan lepasan pelajar ADTEC Kulim.
      • 5. Penyelaras Program “Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure” (CUDBAS).
        • Mempromosi kaedah CUDBAS sebagai satu alat untuk mengatur latihan pekerja.

    Objektif

    Merealisasikan objektif pusat latihan dengan menyediakan perkhidmatan sokongan dan kemudahan-kemudahan khususnya dalam bahagian komputer dan perpustakaan. Ini termasuklah dalam penyediaan dan pengendalian latihan kepada semua kakitangan dan pelajar ADTEC Kulim dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang Teknologi Maklumat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perubahan teknologi semasa. Pusat Sumber ADTEC Kulim terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-
    • Unit Perpustakaan
    • Unit ICT
    • Unit MCP

    Fungsi :

    Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi aspek berikut:
    • 1. Peminjaman dan pemulangan bahan bacaan.
    • 2. Bacaan Penerimaan bahan bacaan dari pembekal dan sumbangan.
    • 3. Pengurusan dan perolehan bahan bacaan.
    • 4. Kawalan sistem P.A di Dewan Sri Mahang (DSM) & Dewan Kuliah Utama (DKU).
    • 5. Pengendalian dan Penyelenggaraan Infrastruktur dan Sistem ICT.
    • 6. Operasi pemantauan dan penyelenggaraan peralatan ICT pejabat.
    • 7. Operasi penyelenggaraan berjadual peralatan ICT pejabat.

    Penyelarasan Subjek Umum

    Menguruskan khidmat Pengajar Luar / Pensyarah Jemputan bagi subjek umum (Matematik / Pendidikan Agama Islam / Moral).
    • Merekodkan Borang Permohonan Pensyarah Jemputan (BK-T04-03) yang diterima dari Bahagian / Bengkel bagi tujuan rujukan.
    • Mengeluarkan surat tawaran lantikan kepada Pensyarah Jemputan.
    • Merekodkan borang Soal Selidik Pensyarah Jemputan (BK-T04-04) dan disimpan untuk tujuan rujukan.
    • Menyelaras jadual waktu dan mengatur semua pengajar yang terlibat dengan subjek umum.
    • Menyedia dan mengedar jadual subjek umum institut.
    • Menyelia dan memantau urusan dokumentasi (Fail Pengajaran dan Pencapaian) pengajar luar.
    • Menyelaras dan memantau proses penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) bagi CLO subjek umum melalui bengkel yang diadakan.

    UNIT PEMANTAPAN INSANIAH

    VISI, MISI, FALSAFAH DAN FUNGSI PERKHIDMATAN UNIT


    Pengenalan

    Unit Pemantapan Insaniah di Institut bersifat menyeluruh dan meliputi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan. Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan. Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok.

    VISI

    Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah.

    MISI

    Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat ‘MADANI’ melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.

    MISI

    Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat ‘MADANI’ melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.

    FALSAFAH

    Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

    FUNGSI UNIT

    Bidang Psikologi

    • Membantu melaksanakan program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan Psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.
    • Melaksanakan modul program pembangunan modal insan.
    • Membantu melaksanakan penyelidikan dan kajian pembangunan modal insan.
    • Membantu memberi maklumat khidmat rundingan berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
    • Membantu mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi.
    • Membantu memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan.
    • Membantu memberi khidmat psikoterapi, rawatan kepada klien (pelajar / pekerja).

    Bidang Kaunseling

    • Membantu melaksanakan program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.
    • Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan, intervensi, pencegahan dan pemulihan.
    • Menjalankan khidmat kaunseling secara individu dan kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling perkahwinan, tele-kaunseling, khidmat perundingan dan intervensi krisis.
    • Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling. Menyediakan laporan pemantauan dan siasatan bagi tujuan rekod, pelaporan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kaunseling sedia ada.
    • Menyelenggara, menyimpan dan mengedar alat-alat ujian dan inventori psikologi.
    • Menyediakan cadangan keperluan alat-alat ujian dan inventori psikologi yang sesuai.
    • Melaksanakan aktiviti / program latihan dalam urusan pentadbiran, interpretasi alat ujian dan inventori psikologi.
    • Skop perkhidmatan kaunseling meliputi perkara-perkara berikut :-
    • Memahami diri sendiri.
    • Membina emosi yang stabil.
    • Membentuk fikiran yang positif.
    • Mengendali tekanan.
    • Membuat keputusan.
    • Menggalakkan interaksi positif.
    • Membina hubungan yang sihat.
    Kaunseling berbeza daripada nasihat atau bimbingan. Ia merupakan perkhidmatan menolong secara profesional dan memerlukan latihan serta penyeliaan rapi. Penasihat dan bimbingan lebih menfokus kepada 'situasi' yang anda hadapi manakala kaunseling memberikan penekanan dan tumpuan kepada diri anda yang berhadapan dengan situasi tersebut.

    Pengujian & Pengukuran Alat Ujian Psikologi.

    • Pemahaman terhadap diri sendiri dan orang lain.
    • Menjalankan pengujian kecenderungan kepada pelajar tahun akhir.
    • Mengendalikan ujian berkaitan dengan personaliti.
    • Proses `self-exploration' dalam memantapkan potensi diri.
    • Mempunyai alat ukur yang standard seperti SDS, IPS, IPW, IGB, VPI.

    Program Pembangunan Personel Kemahiran Insaniah (Soft Skill).

    • Merancang dan menjalankan program pembangunan kendiri pelajar dan kakitangan.
    • Merancang dan melaksanakan program berbentuk kepimpinan.
    • Merancang dan melaksanakan program kerohanian.
    • Merancang dan melaksanakan program jati diri.
    • Melaksanakan program sihat dan cerdas fizikal dan emosi.
    • Melaksanakan program jalinan mesra pelajar baru.
    • Melaksanakan program berbentuk patriotik.
    • Melaksanakn program teambuilding.
    • Melaksanakan program pemantapan sahsiah diri.

    Bimbingan Kerjaya

    Menjalankan program/kelas bimbingan kerjaya kepada pelajar. Bimbingan di peringkat awal iaitu pada awal semester dan bimbingan khusus pada akhir semester. Bimbingan untuk membantu pelajar bersedia dari segi mental, personality, jati diri serta dokumen yang berkaitan seperti resume, surat mohon kerja dan portfolio diri.

    Pembimbing Rakan Siswa.

    Unit ini menubuhkan Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS). Peranan PRS ini adalah sebagai penggerak semua program anjuran pusat latihan dan menjadi pembimbing kepada rakan-rakan sebaya yang memerlukan nasihat dan bimbingan. Melalui penyertaan sebagai PRS juga, para pelajar dapat menimba pelbagai pengalaman dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian mahupun di alam kerjaya nanti.

    Senarai Tugas Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset (BPPA)

    • Penyelenggaraan bangunan & kemudahan asas.
    • Urusan perolehan peralatan, bahan latihan dan perkhidmatan Institut.
    • Mengurus keselamatan bangunan dan harta benda institut.
    • Menyelaraskan cadangan pembangunan infrastruktur dan naiktaraf institut untuk RMK11.
    • Penyelenggaraan Aset dan Fizikal.
    • Pengurusan stok, inventori dan aset institut.
    • Mengurus proses pelupusan peralatan dan pelupusan stor.
    • Menjalankan tugas – tugas dengan mematuhi prosedur kualiti (MS 9001:2008) serta mengamalkan EKSA serta MQA.
    • Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

    Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan

    • Penyelenggaraan bangunan, elektrik & kemudahan asas (laporan Kewpa 9).
    • Mengurus keselamatan bangunan dan harta benda institut.
    • Mengurus penyelenggaraan logi kumbahan.
    • Urusan perolehan (pembelian terus, sebutharga) penyelenggaraan, kerja-kerja naiktaraf , peralatan , bahan latihan dan sebutharga perkhidmatan Institut.
    • Menyelia kontraktor mencuci bangunan & kawasan (lanskap).
    • Menguruskan pengurusan stor (TPS – 5/2009).
    • Menguruskan pendaftaran kontraktor yang aktif 2015 – CIDB / PPK / MOF.
    • Menjalankan tugas – tugas dengan mematuhi prosedur kualiti (MS 9001:2008) serta mengamalkan EKSA.
    • Menjalankan tugas - tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

    Unit Pengurusan Aset

    • Pengurusan inventori dan aset institut (TPA – 7/2009).
    • Menyelaraskan serta menguruskan Sistem SPA (TPA 5/2007).
    • Mengurus proses pelupusan peralatan dan bahan kimia.
    • Penyelenggaraan peralatan / aset (laporan Kewpa 9).
    • Penyelenggaraan sistem kebakaran & mendapatkan sijil akuan bomba.
    • Urusan perolehan (pembelian terus, sebutharga) penyelenggaraan, kerja-kerja naiktaraf, peralatan, bahan latihan dan sebutharga perkhidmatan Institut.
    • Kontrak – kontrak perkhidmatan (mencuci bangunan & kawasan).
    • Menguruskan pendaftaran kontraktor yang aktif 2015 – CIDB / PPK / MOF.
    • Menguruskan penyelengaraan untuk sistem telefon / PABX.
    • Menjalankan tugas – tugas dengan mematuhi prosedur kualiti (MS 9001:2008) serta mengamalkan EKSA.
    • Menjalankan tugas - tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

    OBJEKTIF

    Memberi perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan ADTEC Kulim yang yang terdiri daripada pelajar, kakitangan dan orang awam (waris pelajar, waris kakitangan dan pihak yang berurusan dengan ADTEC Kulim) dalam hal yang berkaitan dengan pentadbiran, kewangan dan pengurusan sumber manusia (PSM).

    FUNGSI :

    Melaksanakan urusan pengurusan sumber manusia yang merangkumi hal perjawatan dan perkhidmatan kakitangan. Melaksanakan aktiviti kewangan dan akaun yang terdiri daripada skop pengurusan bajet (peruntukan dan perbelanjaan), emolumen serta urusan pengauditan oleh pihak ibu pejabat, kementerian, audit negara dan jabatan akauntan negara. Menguruskan hal-hal pentadbiran yang merangkumi urusan kemudahan dan peralatan, kenderaan jabatan, surat-menyurat serta urusan pentadbiran yang berkaitan. Menyediakan kemudahan serta mengurus aktiviti asrama bagi pelajar-pelajar.

    AKTIVITI :

    1) KEWANGAN
    • Status Peruntukan dan Perbelanjaan
    • Status Pesanan Tempatan
    • Status Bayaran
    • Status Akaun Amanah
    • Status Deposit
    • Status Hasil
    • Status Pembayaran Emolumen
      2) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PSM)
    • Status Perjawatan
    • Status Pemangkuan / Penanggungan Tugas
    • Status Kenaikan Pangkat
    • Status Pertukaran Masuk / Keluar Pegawai
    • Status Cuti
    • Status HRMIS
    • Pengurusan Tatatertib
      3) PENTADBIRAN
    • Status Penggunaan Utiliti - Elektrik / Air / Telefon / Fax
    • Status Penggunaan Kenderaan Jabatan
    • Status Penggunaan Petrol / Diesel
    • Status Penggunaan Kemudahan dan Peralatan
    • Status Kehadiran Pegawai (Bertugas / Perhimpunan Bulanan)
    • Status Kuarters
    • Status Tempahan Makan Urusan Rasmi
      4) ASRAMA
    • Status Kedudukan Asrama
    • Status Kualiti Dewan Makan
    • Status Tempahan Makan
    • Status Kerosakan Asrama dan Dewan Makan

    Pengenalan

    Unit Pengurusan Pelajar dan Latihan (UPPL) merupakan bahagian yang terpenting dan sentiasa berhubung terus dengan para pelajar dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka sebagai pelanggan utama ADTEC Kulim. UPPL ADTEC Kulim terdiri dari 4 unit yang bertujuan melaksanakan menyokong visi dan misi UPPL ke arah memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelajar dan “stakeholder” lain ADTEC Kulim termasuk ibu bapa, bakal pelajar, bekas pelajar, kerajaan, pihak industri dan semua rakyak Malaysia. Unit-unit ini adalah Unit Hal Ehwal Pelajar, Unit Kaunseling, CESS dan Unit Disiplin dan Ko-kurikulum.

    Fungsi

    Fungsi utama UPPL adalah memberi perkhidmatan kepada pelajar dan pembangunan modal insan. Fungsi-fungsi ini dilaksanakan oleh unit-unit di bawahnya.

    Unit Kaunseling

    • Memberi khidmat nasihat, bimbingan dan kaunseling kepada pelajar.
    • Menjalankan program pembangunan modal insan seperti kem kepimpinan dan teambuilding.
    • Menasihati Majlis perwakilan Pelajar dalam merancang dan menjalankan aktiviti.

    Unit Disiplin & Kokurikulum

    • Meyelaras aktiviti ko-kurikulum dan memastikan semua pelajar melibatkan diri dalam kelab dan persatuan.
    • Memantau displin pelajar bagi melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik.
    • Menyelia dan menguruskan prosedur tatatertib pelajar (JTPI dan JTPII).

    Skop Tugas Bahagian Peperiksaan & Persijilan (BP & P)

      a) Urusan pendaftaran Subjek / Modul / Mengulang / Menduduki Semula Peperiksaan dan merekodkan bagi tujuan semakan.
    • Terima dan sahkan borang BKT-07-01 yang lengkap dari Bengkel / Bahagian.
    • Rekodkan semua borang bagi tujuan rujukan. Rekodkan semua borang bagi tujuan rujukan.
      b) Pendaftaran Calon Persijilan JTM
    • Terima maklumat pendaftaran Persijilan JTM (SPC- 01) yang lengkap dari pihak Bengkel / Bahagian.
    • Rekodkan maklumat bagi tujuan rujukan dokumen persijilan dan kemukakan kepada BKT - JTM untuk laporan pendaftaran.
    • (Maklumat SPC - 01 adalah bagi pelajar- pelajar baru sahaja).
      c) Pendaftaran calon Persijilan Kemahiran Malaysia.
    • Melaksanakan pendaftaran melalui laman web JPK selepas sebulan pelajar mendaftar (eSKM).
    • Kemukakan lampiran Pendaftaran Calon SKM / DKM dan slip akuan pendaftaran kepada Unit Kewangan.
    • Cetak lampiran pengesahan pendaftaran calon SKM / DKM dari laman web JPK dan edar ke setiap bahagian.
      d) TMS (diselaras oleh UPSM).
    • Melaksanakan pendaftaran ‘seat maintenance’ bagi Subjek Umum.
    • Modul by intake/syllibus (key in maklumat subjek umum dari Sem 1 to Sem 6).

    Menyelaras pelaksanaan PENILAIAN, PENGESAHAN dan PEPERIKSAAN AKHIR pelajar.

    a) Mengurus lawatan Naziran (Lawatan kali 1 dan terakhir - penyediaan SPC-07).
    b) Mengurus aktiviti persediaan Peperiksaan Akhir seperti:
    • Penggubalan, penyediaan dan pemeriksaan soalan.
    • Melantik panel Penggubal Soalan di kalangan pensyarah setiap Bahagian / Bengkel.
    • Menyelaras dan melaksanakan bengkel penggubalan soalan peperiksaan akhir institut.
    • Menyelaras mesyuarat / sesi pengesahan soalan yang melibatkan penggubal, penyemak dan pengesah / validasi serta penglibatan panel TAC.
    c) Melaksanakan proses mencetak dan menyimpan soalan.
    • Membuat proofreading bagi semua soalan.
    • Mencetak berdasarkan maklumat bilangan calon.
    • Langkah keselamatan ke atas soalan yang disimpan (simpanan di dalam bilik kebal ).
    • Mengedar soalan pada masa yang betul.
    d) Pemantauan pelaksanaan peperiksaan akhir.
    • Menyedia Laporan Ketua Pengawas Peperiksaan untuk makluman BKT - JTM.
    e) Keputusan Peperiksaan Akhir
    • Pemantauan pelaksanaan CGPA:
    • - Terima keputusan SPC- 02 (softcopy) dari pihak Bahagian / Bengkel.
    • - Menjana keputusan ke dalam SPC - 04/05/06.
    • - Menyelaras Mesyuarat MJKPP bagi tujuan pengesahan keputusan.
    • - Untuk Sistem CGPA Manual, maklumat SPC - 04/05/06 yang asal diserahkan kepada pelajar dan sesalinan kepada BPPL dan direkod.

    Menguruskan proses PERSIJILAN dan PENGIKTIRAFAN pelajar.

    a. Sijil JTM.

    • Menyedia dan mengesahkan maklumat keputusan peperiksaan akhir pelajar untuk semakan pegawai Naziran seperti berikut:
    • - Maklumat SPC-02, SPC-03
    • - Borang Keputusan Peperiksaan (SPC 04)
    • - Borang Laporan Keputusan Akhir (SPC 05)
    • - Borang Permohonan Pengeluaran Sijil (SPC 06)
    • - Borang SPC- 07 (Untuk Tahap 1, 2 dan 3 sahaja)
    • Kemaskini laporan keputusan yang telah disahkan dalam Borang Maklumat Persijilan ILJTM (BKT-14-01).
    • Hantar dokumen (borang BK-T14-01), SPC-05, SPC-06, dan Laporan Verifikasi Naziran ke BKT JTM (HQ).
    • Menyediakan transkrip akademik selepas keputusan MJPP-HQ disahkan.
    • Menerima sijil-sijil dari BKT-JTM dan mengesahkan penerimaan menggunakan borang BK-T14-02.
    • Menyerahkan sijil kepada pelajar dengan pelajar membuat akaun penerimaan sijil menggunakan borang BK-T14-03 (semasa sesi Konvokesyen).

    Sijil Kemahiran Malaysia (SKM / DKM).

    • Mengurus lawatan Pegawai Pengesah Luar (PPL) bagi:
    • - Verifikasi portfolio dan peperiksaan (pelajar sem 5).
    • - Verifikasi pembentangan projek (pelajar Sem 5)
    • - Menghantar surat dan senarai semak.
    • - Borang T1003.
    • Semakan terhadap sijil yang diterima dan penyerahan kepada pelajar menggunakan borang perakuan penerimaan sijil SKM / DKM / DLKM (BKT - 14 - 04).

    Menguruskan KHIDMAT PAKAR LUAR

    • Menguruskan khidmat Pakar Penasihat (TAC) dalam pengesahan soalan peperiksaan yang telah digubal (senarai pakar dicadangkan oleh pihak Bahagian / Bengkel).
    • Menguruskan lawatan panel Pakar Industri untuk projek akhir pelajar.
    • Menguruskan dokumentasi dan tuntutan kewangan pakar yang terlibat.

    Pengurusan KEWANGAN

    • Melaksana urusan LO pendaftaran calon SKM / DKM.
    • Menyelaras bayaran urusan sewaan dan makan minum kursus / bengkel penggubalan soalan.
    • Tuntutan kewangan panel TAC.
    • Tuntutan kewangan Pengajar Jemputan / Luar subjek umum.
    • Penyediaan urusan makan minum bagi lawatan oleh pegawai luar seperti PPL , panel TAC (Pengesahan soalan), panel Pakar Industri (projek tahuan akhir) serta Naziran.