• FAQ

Apakah syarat kelayakan minimum untuk memohon kursus-kursus yang ditawarkan oleh ADTEC Kulim?

Pada amnya kelayakan minimum bagi memohon untuk mengikuti kursus-kursus di ADTEC Kulim adalah seperti berikut:

Syarat-syarat AM adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 17-35 tahun (semasa memohon).

3. Sihat tubuh badan & tidak mengalami sebarang kecacatan mental atau fizikal.

 

Syarat-syarat KHAS program adalah seperti berikut:

 

LEPASAN SPM & SETARAF.

Syarat Khas Program yang ditawarkan:

LULUS SPM / SPMV dengan KEPUJIAN dalam subjek berikut: 

1. Matematik / Matematik Tambahan;

2. Sains /Sains Tambahan / Sains Gunaan / Fizik / Kimia / Subjek yang berkaitan dengan teknikal serta;

3. LULUS Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

4. Mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) KEPUJIAN mana-mana subjek (termasuk subjek no.1 & no.2 seperti di atas).

 

LEPASAN SKM & SETARAF.

1. Mempunyai SPM / SPMV dengan LULUS Bahasa Melayu DAN mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan.

2. LULUS dalam temuduga yang dijalankan.