KERATAN AKHBAR

 

MAKLUMAT PERTANDINGAN:-

PERTANDINGAN : International Invention, Innovation and Technology competition 2015 (ITEX 2015)

PENGANJUR          : Malaysian Invention and Design Siciety (MINDS)

LOKASI PERTANDINGAN : KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)

TARIKH PERTANDINGAN : 21-23 Mei 2015

 

ADTEC KULIM bagi kali ke empat untuk tahun ke empat kalinya telah berjaya memperolehi anugerah GOLD MEDAL AWARD di pertandingan ITEX 2015, terpilih mewakili Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bersama 9 projek yang lain ke pertandingan dan pameran rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2015) yang telah dilangsung selama 3 hari bermula pada 21 hingga 23 mei 2015 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Turut bersama mewakili pasukan ILJTM ialah 9 projek dari institute yang lain.

Kumpulan Inovasi ADTEC KULIM yang di wakili oleh En. Junaidi Bin Osman (Pensyarah), Muhamad Farid b Hassanuddin (Pelajar diploma Elektronik),Muhamad Aliff b Mohamad Rosdi (Pelajar diploma Mekanikal) Muhamad Fadzli b Mohamad (Pelajar diploma Elektronik) dan Muhamad Ridzuan b Abu Seman (Pelajar diploma telekomunikasi) mempertaruhkan satu projek mekanikal untuk dipertandingkan bersama pelbagai universiti, institusi penyelidikan , institusi pembelajaran, syarikat korporat, individu serta penyertan dari negara antarabangsa yang lain iaitu Taiwan, Thailand, Indonesia, Iran, Arab Saudi bagi merebut anugerah-anugerah yang dipertandingkan.

Strategi pembentangan inovasi oleh kumpulan ADTEC Kulim telah berjaya memikat hati juri pertandingan ITEX tersebut dengan pembentangan projek Intelligent LOW COST ADJUSTABLE PROSTHETIC LEG (LO-CAP). Ini adalah kejayaan memperolehi GOLD MEDAL bagi tahun yang keempat oleh ADTEC KULIM di persada inovasi . Pengiktirafan ini juga membuktikan bahawa projek inovasi hasil ciptaan ADTEC Kulim mampu memperolehi pengiktirafan dan seterusnya membuktikan bahawa projek yang dihasilkan melalui pusat inovasi ADTEC Kulim adalah berkualiti dan berstatus antarabangsa.

Tahniah kepada ADTEC KULIM kerana telah berjaya mengharumkan nama JTM dan ADTEC Kulim di persada pengiktirafan antarabangsa didalam aspek inovasi dan penciptaan . Harapan ADTEC Kulim akan terus maju dan menempa lebih banyak kejayaan menerusi Inovasi di tahun-tahun yang akan dating

 

KUMPULAN INOVASI ADTEC KULIM:

En. Junaidi Bin Osman (Ketua Projek / Pensyarah Jabatan Mekanikal),

Pn Azima Zuraiti binti Abdul Aziz (Setiausaha Inovasi)

Muhamad Farid b Hassanuddin (Pelajar Diploma Elektronik),

Muhamad Aliff b Mohamad Rosdi (Pelajar Diploma Mekanikal Pembuatan),

Muhamad Fadzli b Mohamad (Pelajar Diploma Elektronik)

Muhamad Ridzuan b Abu Seman (Pelajar diploma Telekomunikasi )

 

MAKLUMAT PROJEK INOVASI

TAJUK PROJEK:              LOW COST ADJUSTABLE PROSTHETIC LEG (LO-CAP)

ABSTRAK:

Majoriti penguna kaki palsu terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi untuk menampung kos perbelanjan bagi memiliki kaki palsu bagi menjalani kehidupan seperti sediakala, malah pengguna kaki palsu juga terpaksa menukar kaki palsu yang digunakan dalam sesuatu tempoh penggunaan kerana faktor saiz, usia dan faktor bebanan berat badan yang meningkat. Berdasarkan permasalahan tesebut satu produk baru iaitu Low Cost Adjustable Prosthetic Leg dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan tersebut serta diharapkan dapat membantu golongan kurang upaya dengan terhasilnya produk ini. Low Cost Adjustable Prosthetic Leg ini direka bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh penguna untuk mendapatkan kaki palsu dengan harga yang rendah. Produk ini juga boleh di laras ketinggian serta saiznya mengikut kesesuaian pengunanya. Ia juga mempunyai kelebihan lain iaitu seperti memberikan keadaan visual seperti normal apabila di pandang, pergerakan kaki yang lebih baik apabila menaiki tangga serta dalam keadaan duduk. Keselamatan dan keselesaan kepada penguna juga diterapkan supaya penguna yang dapat melakukan kerja-kerja harian dengan lebih selesa dan selamat.

KELEBIHAN PROJEK:

  1. Kos yang rendah
  2. Bolehlaras mengikut keperluan individu (universal)
  3. Jangka hayat yang lebih lama
  4. Lebih sesuai dengan kulit
  5. Boleh dibengkokan apabila dalam posisi duduk
  6. Pergerakan yang lebih fleksibel untuk keselesaan (sendi)
  7. Mempunyai penyerap hentakan
  8. Visual produk yang menyamai kaki sebenar
  9. Boleh di selenggara
  10. Boleh digunakan oleh pesakit Above Knee atau pesakit Below Knee

 

 

LAPORAN OLEH :

Junaidi bin Osman

Ketua Projek/

Pengerusi JK Inovasi ADTEC Kulim/

Pensyarah Jabatan Mekanikal

Pusat Penyelidikan, Pembangunan Inovasi & Pengkomersialan

(Program Inkubator)

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
Lot 635, Jln Mahang Karangan
09500 Kulim
KEDAH