KERATAN AKHBAR

PENGANJUR  UiTM    
TARIKH 10-11 SEPTEMBER 2011 (sabtu & ahad)    
MASA : 8.00 PAGI - 5.30 PETANG    
LOKASI PERTANDINGAN : DEWAN BESAR UiTM cawangan PULAU PINANG    

MAKLUMAT PERTANDINGAN:

10 & 11 September 2011 - ADTEC kulim buat julung kalinya telah menyertai satu pertandingan Invention, Innovation & Design (IID 2011) bertempat di Dewan Besar UiTM cawangan Pulau Pinang. Pertandingan anjuran UiTM cawangan Pulau Pinang ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.( Vice Chancellor, Uitm). Pertandingan selama dua hari ini telah disertai oleh lebih 80 penyertaan terbuka kepada semua staf UiTM serta para pelajar IPTA/IPTS peringkat sijil dan diploma, kolej, matrikulasi dan juga Sekolah Menengah sekitar Pulau Pinang. 

 

OBJEKTIF PERTANDINGAN

Penganjuran pertandingan rekacipta IID peringkat Pulau Pinang antara lain bertujuan untuk mengenengahkan idea dan hasil yang telah diperolehi dari penyelidikan yang sedang atau telah dijalankan oleh penyelidik profesional dalam usaha mengembangkan kreativiti, kemahiran dan inovasi sebagai satu budaya. Di samping itu, IID Pulau Pinang turut dibuka penyertaannya kepada para pelajar IPTA/IPTS di peringkat sijil dan diploma, kolej, matrikulasi dan juga Sekolah Menengah sekitar Pulau Pinang bagi membuka minda dan seterusnya memberi peluang kepada para pelajar meneroka bidang penyelidikan dan rekacipta. Ini merupakan peluang yang terbaik bagi penyelidik dan pelajar untuk cuba menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk pembangunan negara disamping berpeluang untuk mendapat pengiktirafan di peringkat yang lebih tinggi.  

OBJEKTIF UTAMA

  • Menjana rekabentuk dan ciptaan yang dapat dikomersilkan di peringkat yang lebih tinggi
  • Mempromosikan hasil R&D dan ciptaan penyelidik dan pelajar kepada masyarakat sekitar
  • Mengenengahkan penemuan R&D dan rekacipta yang baru.
  • Menyalurkan daya kreatif dan inovasi secara produktif.
  • Memilih hasil penyelidikan untuk dipertandingkan di peringkat yang lebih tinggi.

 

Penyertaan terbuka kepada semua staf UiTM serta para pelajar IPTA/IPTS peringkat sijil dan diploma, kolej, matrikulasi dan juga Sekolah Menengah sekitar Pulau Pinang.

 SENARAI PROJEK YANG DIPERTANDINGKAN

ADTEC kulim telah menghantar 6 projek iaitu Smart Mover 'X' (SM-X), Mini CNC CAD/CAM Machine , Phone Tester, Masterpet Gigi, Auto-Shut Mechanical Valve (A.S.M.V) dan  Multi Essence Perfume Sprayer with Emergency Light (MEPS-EL) . ADTEC kulim telah berjaya merangkul pingat bagi keenam-enam projek yang dipertandingkan iaitu 1 pingat emas melalui projek Smart Mover 'X' (SM-X)   dan 5 pingat gangsa daripada projek yang lain. 

 KEPUTUSAN PERTANDINGAN:

Kategori IPTA Students       

 

 Bil Medal
Projek Institusi
 1. Gold

SMART MOVER X (SM-X) - Trolley For Cooking Gas Tank / Luggage 

ADTEC Kulim
 2. Bronze MASTERPAT GIGI - Stesen Pemampatan & Pemanasan ADTEC Kulim
 3. Bronze Multi Essense Perfume Sprayer with Emergency Light (MEPS-EL) ADTEC Kulim 
 4. Bronze Mini CNC CAD/CAM Machine ADTEC Kulim
 5. Bronze Auto-Shut Mechanical Valve (ASMV) ADTEC Kulim
 6. Bronze Wireless Phone Tester ADTEC Kulim