• TEKNOLOGI MEKATRONIK

Diploma Teknologi  Mekatronik

 

Program yang ditawarkan ialah Diploma Teknologi Mekatronik. Bidang Mekatronik mempunyai potensi yang besar dan sangat penting dalam industri masa kini. Ianya merupakan satu bidang multi-disiplin yang menggabungkan beberapa unsur dari pelbagai bidang seperti mekanikal kejuruteraan, elektrik kejuruteraan, komputer kejuruteraan, sistem kejuruteraan dan juga teknik penentukuran untuk menghasilkan satu sistem bersepadu.

Diantara subjek-subjek teras yang akan diikuti oleh para pelajar adalah seperti Sistem Kawalan, Sistem Mekatronik, Robotik, Sistem Pemacu Elektrik dan lain-lain.

Sepanjang pengajian di ADTEC Kulim, para pelajar akan berpeluang mempraktikkan " hands-on " semua kemahiran yang dipelajari menggunakan peralatan dan mesin yang disediakan di institut. Tahap setiap kursus bermula dari peringkat asas sehingga tinggi di samping kerja-kerja makmal dan bengkel yang berkaitan.

Struktur kurikulum yang disediakan akan membolehkan para pelajar mengaplikasikannya apabila melaksanakan projek akhir semester pelajar. Pelajar juga akan diberi seliaan dan tunjuk ajar untuk menghasilkan projek berasaskan industri Automasi (projek berasaskan industri) sebagai pendedahan awal kepada pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar.

Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama enam bulan ketika di akhir semester untuk diterbitkan dengan perkembangan teknologi terkini serta mengalami suasana kerja nyata. Aktiviti kokurikulum juga dimasukkan sebagai usaha membentuk sahsiah murid yang baik dan bertanggungjawab.

 

Tempoh Latihan

3 tahun

Kelayakan Akademik

Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dan memenuhi syarat minimum berikut:

i) Lulus Bahasa Melayu

ii) Lulus Sejarah (SPM 2013 dan seterusnya)

iii) Lulus Bahasa Inggeris

iv) Lulus Matematik / Tambahan Matematik

 

Persijilan

1. Diploma Teknologi Mekatronik ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 MC-091-4: 2016 Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).