• TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI

Diploma Teknologi Telekomunikasi

Program yang ditawarkan ialah Diploma Teknologi Telekomunikasi. Kursus ini direkabentuk supaya dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan telekomunikasi serta elektrikal /elektronik . Kurikulum kursus ini mengandungi asas-asas sistem rangkaian telekomunikasi, PABX, sistem komunikasi analog dan digital , sistem pendawaian fiber optic dan copper , penggunaan lurang (mainhole ) dan tiang (pole)  dan juga penggunaan teknologi terkini iaitu teknologi tanpa wayar (wireless) 5G/4G/3G dan 2G. Teknologi Point to Point wireless communication, enterprise access point, Fiber to the home (FTTH), Voice over internet protocol (VoIP) dan penyelenggaraan rangkaian telekomunikasi juga dimasukkan ke dalam silibus bidang Telekomunikasi tersebut.

 

Tempoh latihan:

3 tahun termasuk latihan industri.

 

Kelayakan Akademik

Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut :

i) Lulus Bahasa Melayu

ii) Lulus Sejarah (SPM 2013 dan seterusnya)

iii) Lulus Bahasa Inggeris

iv) Lulus Matematik/Matematik Tambahan

Persijilan


1. Diploma Teknologi Telekomunikasi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 EE-321-4:2012 Pengurus Infrastruktur Penghantaran ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).